Wednesday, November 20, 2013

Terharu n sebak

Pernah tak terfikir nak mati syahid?ye saya pernh terfikir juga...tapi takut,,sebb iman ni tak kuat,,,semg satu hari nanti ,,iman ni ditambahkan lagi,,dan akan menjadi salah satu pejuang islam yang mati syahid..amin ..Kisah Ammar memg menginsfkan,,terharu,,sebak,,
dan bangga sebb ada juga pemuda islam y sebegini...

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. 

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang aki
bat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

☞ Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki


Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

الفاتحة

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين 

آمِيّنْآمِيّنْآمِّيْنَيَارَبَّالْعَالَمِيْنَ

Monday, November 18, 2013

After kawen

assalamualaikm,,haii lamanyee tak singgah blog,,lepas kawen jeetak dan bukak blog,,takpee t ada masa  upload gambr...alhamdulillah after kawen seronok la jugak tapii kena byk bersabar sgt2 =)

Saturday, October 19, 2013

kahwin???

alhamdulillah,,,ak da kawen??hah??ak da kawen?? biar betik...tu la rasa macm tak percaya je...Yaallah terimakaseh di atas segalanya...ak ta sgka dpt suami y baik sgt2...rajin tolg,,bertimbg rasa...ntah sukar nak gambr....dulu time kenal lain sgt ngn skrg,,setiap hri ak doa hope sgt2..sampai akhir hayat....walpn kami diuji dengn kewangan....but my husband sgt memberi smgt n hari2 ckp suruh sabar2...owkey ak yakin kesbrn kami ada hikmahnyaa..mungkin rezeki tang lain kan...alhamdulillah ak sentiasa bersyukur pada Mu...walupn ak tahu dia byk kekurangn tetapi dia pon ada kebaikannya....insyaaallah sama2 perbaiki diri....wing2 masih  mood bahgiaaa amin...

Sunday, October 13, 2013

persiapan

hari makin tiba,mak abah adik kakak suma bertungkus lumus kemas2,,ye dorg tunggak utam,,tanpa mereka siapala ak,,,ak pulaa lebh byk mendiamkan diri...rasa risau gundah gulana..taktahu nape..berdebar2..tinggal sehari lagi...yaallah permuudahkanlaa segalaNYA,,jika ia terbaik untukku satu kanlaa jika tdak tunjukknala...permudahkanlaa..permudahkanlaaa

Saturday, October 12, 2013

semakin hampir

Hari semakin hampir...kdg2 ku tak mengerti dengn perasaan ku ini,,betulkah pilihan ku ini....betulkah ak akn menamatkan zaman bujang ini....kdg2 ak takut...byk ilmu agama y kurang,,,byk juga ilmu rumahtangga yang ak belum pelajari sepenuhaanyaaa..hanya ALLAH tempt ku berserahhh

Sunday, September 22, 2013

Mydin ooo mydin

Hari ni mak ak ajak p mydin,,beli karpet katanyaa,,,seronok2 beli,,troli sampai bukit tinggal jap rupanyaa troli da kena kebassss haiyakkkk...mat banglaa pi susun balik brg2 kat troli tu,,,mcm nak kena je bangla ni,,sabar jela..haiyaaa...

Saturday, September 21, 2013

DeBaRaN...

fuhhh lagi 3 minggu nak bergelar isteri,,,debaran pulak rasanya....Yaallah permudahkkannlaa segalanya,,dari semua aspek,,dari kewangn,rezeeki,urusan sebelum n selepas kawen,,,berikan hidayah kepada kami berdua akan hidup dengan cara ISLAM..kurniakan kami kelak rezeki dan kehidupan yang bahgia dunia akhirat...Ak percaya Allah sentiasa bersama ku,,Amin.....bERDEBAR-DEBAR.....