Sunday, August 25, 2013

VIDEO CALLING

ALAMAK rasa kelakar sangt kot,,hri ni baru tahu kat fb ada video calling...heheh apalgi try cuba ngn kenkawan,,,kelakarlaa tapi best,,ajaibnyaa ciptaan Allah

Friday, August 16, 2013

bowling time

abg balik selepas excdent hahaha terus ajak jom bowling,,ape lagi jomlaa best p bowling ngn keluarga,,,walaupn kalah,,,janji lega,,balik2,,,semua nak demam,,,berat kowt bola bowling tu..=)








Tuesday, August 13, 2013

Berkat itu lebih utama

Bersembang-sembang tu memang kerja orang pompuanla...ak dan membe2 berborak2 mengenai isu utama hantaran...berbagai2 pendapatla y diujarkan,,,tapi mejoriti la..mereka semua berpendpt hantara sekrg 10k sebb barg mahal...laki kena fahamlaa...ye ak sebenrye kurg setuju,,,tapi hanya mendiamkan diri,,,prinsip ak..bagi yang termamapu itu adalah memadai,,,janji leps kawen hidup lebih berkat dibawah naunagn ALLAH....si laki bagi seikhlasnya,,,kalo tak mampu tolg jgn kawen dulu...kawen ni bg ak benda yg sgt rumit emmmm tak,,bukan rumit,,,tapi memerlukan persediann fizikal n mental..laki harus faham permpuan..begitu sebaliknya,,,hantaran tinggi pun tak menjanjikan kebahagiaan...tetapi lelaki jgn pula ambil kesempatan,,,bagilaaa yang semampunyaa dan dpt membntu isteri membuat majlis serba sederhana,,,takkn majlis nak makan nasi putih ngn ayam gorng je kot...fikir2laa ye wahai lelaki..y perempuan pulaa jgnlaa melebih2 pula...lainlaa kalo dpt laki kaya..itu rezekila kan....dpt sederhana buat sederhana....janji berkat dan BARAKALLAH....eh ni macm lagu org berkahwen je ni,,,^__^
"...ada sebab mengapa kita mengenali seseorg itu dalam hidup kita,,sama ada kita perlu mengubah hidup dia atau dia yang perlu mengubah hidup kita..ALLAH takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab...."

Monday, August 12, 2013

RakAn Vs Insaf

satu hari ak bertemu rakanku,,,,wah,,,,awak makin comel dan....em ak terdiam dan terduduk,,,,kawan ak terus menegur,,,kenap?..ak hanya mendiamkan diri....seharian bersama dia sangat menginsafkan ak...dia seorg yang biasa,,tetapi berubah menjadi seorang yang luar biasa,,,ak kagum dengan dia..sepanjang perjalanan,,ak tengok dia seorg yang bersedrhana ,,,perubahan dalam penampilan..membuatkan ak lebih malu dari dia,,,ak juga dulu berpakaian seperti dia,,,,ak juga dulu pernah menjadi seperti dia,,mungkin iman dia lebh tinggi,,,,oke,,time makn,,ak belanja ko makan,,,ko belanja ak minum,,ok??dia ckp set,,ak pon beli makann dan cop tempat,,,selang beberpa minit,,datang membe ak ni tapi air takda pon,,aikk mana air,,,tersedaknnti minum,...dia ckp beratr panjagn,,,,emmmm takkanlaa sebb tu je kot,,ak mula buruk sngka da...sedg makn2,,dia asyik tgk jam,,,emm knp ek dia ni,,,ak pon tgk jam,,laa patutlaa waktu maghrib nak dekat,,,baru ak tahu,,knp dia taknk beratur beli air,,dan asyik tg jam...dia bimbang risau waktu maghrib hampir tiba,,,Masyaallah....bukan sng jumpa org macmni,,,tiap langkh dimulai dengan bismillah,,tiap ketawa diakhiri dengan astagfirullah,,,ak kagum dan insaf,,,,ALLAH...ajaib nye ciptaan Allah..^__^  seorang muslimat dan wanita yang baik n sempurna bagi aku,,

Bahaya Pilih Kasih

Perbezaan layanan dan perhatian pastinya amat melukakan hati anak-anak kerana diperlakukan sebegitu oleh ibu bapa sendiri. Meskipun hampir semua ibu bapa menegaskan mereka memberikan kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak, hakikatnya keadaan pilih kasih tetap ada.Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan dengan membezakan kasih sayang berdasarkan kecantikan, kepandaian dan kepintaran, kesempurnaan fizikal dan mental dan pelbagai kelebihan lain yang mungkin tidak ada pada diri anak yang lain. 

Disebabkan itu, anak yang menjadi mangsa perbezaan kasih sayang kebiasaannya:

  • Berasa kehilangan tempat berpaut, tempat perlindungan dan rasa tidak diperlukan lagi dalam keluarga.

  • Sentiasa memendam rasa dan sering menumpukan perhatian kepada kekurangan diri di samping memikirkan sebab yang membuatkan ibu bapa tidak menyayangi mereka. 
  • Mereka akan cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian ibu bapa tetapi malangnya setiap tindakan dilakukan si anak sering dianggap tidak betul dan menyalahkan mereka sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini. 

    Sementara itu, bagi si anak yang mendapat limpahan kasih sayang daripada ibu bapa pula akan merasakan diri mereka lebih istimewa kerana sering dihargai. 

    Oleh itu, ia boleh menimbulkan rasa bangga dan ego, manakala anak yang kurang mendapat kasih sayang akan berasa iri hati, dengki, rendah diri, benci dan dendam terhadap adik-beradik lain termasuk ibu bapa sendiri. 

    Malah permusuhan mungkin akan timbul disebabkan tidak ada penyatuan dan penyesuaian jiwa antara adik-beradik seperti menyakiti sesama sendiri, menyorok atau mengoyakkan buku atau pakaian, menuduh orang lain membuat kesilapan yang dilakukannya atau seumpamanya hingga menimbulkan kemarahan ibu bapa. 

    Kehadiran anak adalah aset yang perlu dijaga sebaik-baiknya dan dididik secara sama rata dan dengan penuh kasih sayang. 

    Sikap adil ditunjukkan ibu bapa akan memberi ruang kepada kehidupan berkeluarga yang lebih harmoni dan dipenuhi dengan rasa hormat menghormati dan saling menyayangi. 
  • ''10 Langkah Seorang Istri Menuju Surga ALLAH"



    1. Seorang isteri harus menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki adalah pemimpin kaum wanita.

    2. Seorang Isteri harus menyedari bahwa hak (kedudukan) suami satu tingkat lebih tinggi dari isteri.

    3. Seorang isteri harus taat kepada suami selagi bukan kemaksiatan.

    4. Seorang Isteri tidak boleh keluar rumah dengan alasan apapun tanpa izin suami.

    5. Seorang isteri wajib memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya.

    6. Seorang isteri harus mendahulukan kepentingan suami dibanding apapun termasuk kepentingan orang tua.

    7. Seorang Isteri harus menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada.

    8. Seorang isteri harus.menjaga harta juga kehormatan suami baik  ataupun menjaga diri jika suami tidak di rumah.

    9. Seorang Isteri harus sentiasa mempercantik dirinya di depan suami.

    10. Seorang Isteri berusaha menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang nampak berseri.

    Semoga wanita yg membaca tulisan ini menjadi wanita sholehah akhir zaman yang di Redhoi ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

    saya Do'akan,Semoga kita mendapatkan Jodoh
    Yang Setia,Rumah Tangga Sakinah Serta Rezeki Berlimpah dan Berkat.

    Aamiin ya Rabbal'alamin.

    Kebaikan e-banking

                  Perbankan internet bermaksud khidmat perbankan secara talian atau 
    menggunakan internet tanpa perlu berada di bank secara fizikal. Anda hanya perlu berada didepan komputer yang mempunyai sambungan internet.Kebanyakan bank di Malaysia menawarkan khidmat perbankan internet atau juga dikenali sebagai e-banking.
    Bagi kebanyakan kita, menjalani kehidupan serba pantas mungkin memberi tekanan serta keletihan. Kemajuan teknologi yang pesat membangun serta melengkapi setiap aspek kehidupan kita tidak menjadikan hidup kita selesa dan memuaskan. Dalam gaya hidup dengan kemodenan serba pantas telah menjadi satu kebiasaan, seseorang itu haruslah menjangkakan gaya hidup yang maju. Namun, keadaan sebaliknya mungkin berlaku.Terdapat beberapa kebaikan eperbankan ini antaranya adalah
    a)      Menjimatkan masa.Dengan pelbagai tanggungjawab memenuhi kehidupan seharian kita,ramai individu mendapati menyeimbangkan kerjaya serta menjalankan tugas seharian amat mencabar, terutama sekali bagi mereka yang berasal dari kawasan bandar. Pada mereka, masa adalah sesuatu yang berharga dan tidak boleh dibeli, lalu ia membawa maksud baharu kepada pepatah “Masa itu Emas” kerana ia telah mengubah taraf kehidupan seseorang.Senario ringkas seperti tersangkut di dalam kesesakan jalan raya atau berbaris dalam barisan yang tidak bergerak pasti merupakan pengalaman yang pahit kepada sesiapa saja. Malah, perjalanan 10 minit ke bank juga boleh menjadi perjalanan yang pahit dengan menempuh kesesakan jalan dan mencari tempat letak kereta sebelum berlari mendapatkan nombor giliran di kaunter.
    b)      Aplikasi yang dapat diperoleh dengan serta merta dan mudah.Transaksi, pembayaran pinjaman serta urusan kewangan yang lain boleh diselesaikan tanpa menggunakan sebarang tenaga fizikal mahu pun mental.Tidak disangkal lagi perbankan online adalah kaedah yang datang bersama kelebihan istimewa. 
    c)      Ciri-ciri perbankan yang baik kerana kemudahan yang ditawarkan untuk menyelesaikan urusan kewangan secara serentak, walaupun untuk melakukan transaksi, penyata laporan atau membeli-belah secara online.
    d)     Mengurangkan tekanan hidup .Menurut Vasenta Selvanayagam, seorang penulis online memang percayakan perbankan digital. “Perbankan online adalah kelebihan yang praktikal buat saya, keluarga dan rakan-rakan. Ia mengurangkan tekanan hidup saya kerana saya tahu saya boleh bergantung kepada kemudahan ini untuk menguruskan hidup saya. Saya rasa seperti berhubung dengan seluruh dunia melalui sistem ini,” katanya.
    e)      Mengurangkan kesesakan jalanraya dan turut mengurangkan pencemaran sekaligus kualiti hidup lebih meningkat.Penggunaan eperbankan tidak memaksa seseorang untuk turun ke sesuatu tempat malah bebas dilaksanakan di mana-mana.

    Sunday, August 11, 2013

    raya 0h raya..

    Sedar tak sedar da masuk raya ke 4 da ni,,wah....ceptnye masa berlalu,,,raya memg best...tpi tahun ni sedih,,raya terakhir bergelar bujang,,opppssss...yeke...hehe amin...selamat hari raya maaf zahir batin ^__^

    Tuesday, August 6, 2013

    Sisa2 yang tinggal

    Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi..sedh je rasanya,,,tapi hari2 terakhir ni kdg2 kita rasa malas dan semakin kurang bersemangat kan,,,knp ye,,,,adakah kita rasa da tak sabo nak raya...atau kita da rasa kita ni hebat sangat..yaallah...moga akan dikuatkan lagi semngat dalam beribadah kepadaMu..amin