Saturday, November 12, 2016

Sunday, July 20, 2014

pUASA dan rayaaa

salam...hamboii lama sagt tak update status...maklummlaaa tak suka sgt menaip ni,,ikut mood la..lagipon bz kerjanye..kandungan pon da 7 bulan lebih..larat tk laratlaa kan..tapi alhamdulillah setakat ni tak pernah pulak stop puasa,,baby baik je dalm ni cuma kdg2 pitam gak...tahun ni berraya kat perantauan,,cehceh...perantauan la sgt,,kelantan je pun..seminggu tu..nak kendurii u baby mak mertua kata.. so along da bg beberapa tugasan u dibuat,,ak tibe2 ditugaskan buat kuieh..alhamdulillah kuih raya ak memg minat buat tpi dlm keadaan macmni...siap jugak 6 jenis kuih..len kali la post ye..hehehe doakan kandungan saya siht,,,selamt bersalin dan sentiasa diberkati..amiin..

Sunday, May 18, 2014

Suami dan aku

Hampir melabuhkan tirai dalam alam perkahwinan...berbagai benda baru aku belajar..kdang-kadg menangs,,kadg2 tertawa...lagi2 tengah mengandung lagilaa cepat sensitif...suami aku seorang yang pendiam kdg2 suka sakat aku,,walupn da 3 tahun kenal sebelum kenal..tapi ak masih tak mengenali dia...sebb dulu ktrg jarang2 berdating..aku cuba jaga pergaulan...sebb aku takut pada Allah...takut fitnah2 ni..then pas kawen..baru kenal betui2..suami yang sukr ditafsir kadang2...lebih suka menghabiskan masa di rumah ketika waktu cuti...suka sangt makan dan main game.....kadg2 nak ajak p honeymoon tpi dia tak bermnat...katanya kat mana2 pon honeymoon,,,,hurmmm susah nak ajak berjalan...ak pon bukan jenis suka berjalan tapi suami ak lagi laa jenis double triple tak suka berjalan.....kawn selalu cerita tentang suami dia romantik ada ja kejutan untuk dia...mgkin itu rezeki dia....suami ak nipon sama gak kadg2...ada je benda yg suka rahsia ngn ak..tibe2 ajak p suatu tmpatlaaa..kira romantik jugaklaa...romantik dalam diam le tu....ak tak kisah semua tu janji dia bertanggungjawab..solat 5 waktu..dan yg penting akan jadi seorang ayah...dan aku??ummi??ke ibu?? masih confius...semoga semua nya selamat aminn..

Sunday, April 20, 2014

GENAP 4 BULAN

Alhamdulillah..genap sudah usia kandunganku..4 bulan da.,,kejap je masa berlalu...cptla ia berlalu tak sabr rasanyaa kan,,heheh tapi perut masih kecil...suami selalu tanye knp perut tak besor...mungkin memg ikuit keturunan kecik je kalo mengandung....harp2..4 bulan ni mabuk,malas,suka tidur suma takdalaa...nak buat kuih raya nnti time raya....mcm dulu2..memg gila buat kuih raya ak ni..encik suami skrg da kerja asyik overtime,,nak cri duit lbh katanya..yela lepas ni duduk bertiga lain kn...simpan duit sikit2la..insyaallah...anak tu rezeki lain..itu janji Allah,...AK tak pernah tkut pasal kewangan..ak yakin janji Allah..cuma ak tkut dengar org ckp bersalin sakit,,,,,takutyee,,,,harp semua dipermudahkan la.amin..

Sunday, March 16, 2014

2BULAN FSA PERTAMA

Alhamdulillah segala impian dan hajat telah dimakbulkan...pada hari jadi yg ke 25 disahkan hamil ...memg tak sangka ajaibkan Allah....sejak mengandung ,mula la oening2..bdn penat2..letih2..yg peliknya,,,malas membaca dan suka tengok tv...haiyaa..apa nak jadi...tapi setiap hari ak berdoa agar anakku menjadi anak yang soleh dan solehah agar dapat menegakkan agama islam..amin...

Friday, January 3, 2014

Sekolah Bermula lagi

Alhamdulillah...tahun bru da muncul 2014...azam baru la kan.,,aku pun rasa semgt sikit,,maklumlaa da bergelar puan...hidup pun da berbeza...tahun 1 macm biasala ak ditugaskan..tahun ni takdak budak menangis..suma seronok pi sekolah..haiyaa banyak aktif tahun ni....baru hari kedua ,,ake dengar kawan aku kena gigit kat tangan ..hadoyy menangis diaa sian kan..alhamdulillah setakat ni ak takda laa macm tu kan..moga tahun ni dipermudahkan segala urusan,,amin

Thursday, December 12, 2013

BBK 3307 Novel Melayu

ANALISIS NOVEL
Dalam novel Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah ini,kami memilih untuk menganalisis watak  Cah yang dianggap sebagai watak utama dalam novel ini.Cah yang tidak bersetuju tapak sawahnya diambil oleh pihak berkuasa atas alasan pembangunan.Cah merupakan salah seorang daripada penduduk Kampung Kertau yang sudah berusia berdasarkan umurnya yang telah pun menghampiri 60 tahun.
“...Memang pun Cah sedar dia sudah tua. Sudah hampir 60 tahun. Tetapi Cah masih mampu mengerjakan sawah tiga relung tanpa upah yang bukan-bukan. Cah sedar dia tidak seperti orang lain. Tiga relung apalah sangat. Menabur dan kini menyerak boleh dilakukan seorang diri. Cabut rumput, menyembur racun juga boleh seorang diri. Lainlah kalau putar jerami atau menuai pakai jentera...”(Azizi Haji Abdullah, 2007: 8 )
Cah juga merupakan seorang balu di mana suaminya iaitu Kasim telahpun meninggal 20 tahun yang lepas.
“...Rumah pusaka peninggalan Kasim suaminya yang sudah meninggal 20 tahun yang lalu itu bukanlah besar sangat. Sama seperti rumah-rumah kampung di situ. Ada tiga bilik, berdinding papan dan beratap zink sahaja. Masih bertiang walaupun sudah banyak jiran meroboh dan mendirikannya atas tanah tanpa tiang lagi...”(Azizi Haji Abdullah, 2007: 19 )
Cah mempunyai 2 orang lelaki yang bernama Hijrah dan Sulaiman. Hijrah merupakan adik kepada Sulaiman. Hijrah tinggal di Kampung Kertau bersama Cah manakala Sulaiman pula sudah pun menetap dan bekerja di Kuala Lumpur.
“...Sekali lagi Hijrah tiada di rumah. Tetapi Cah sedikit pun tidak risau ketiadaan Hijrah. Dia tahu anaknya bukanlah daripada golongan merapu tak ketahuan hala. Habis sangat di rumah Pak Kasim. Cah tahu Hijrah sedang angau pada Habibah..” (Azizi Haji Abdullah, 2007: 48 )
5.0 PLOT  NOVEL HARGA SEBUAH MARUAH
Dalam kajian novel setiap cerita yang konvesional ada permulaan dan akhirannya. Antara permulaan dan akhiran itu terdapat peristiwa yang merantai, dijalin saling jerait-menjerait berdasarkan pada hukum sebab akibat yang munasabah, dan inilah yang dikatakan plot. Justeru struktur penjalinan plot itu bertunjangkan pada hukum sebab akibat, maka plot tidak hanya mengemukakan peristiwa yang berlaku, malah yang lebih penting lagi ialah menerangkan mengapa sesuatu peristiwa itu boleh berlaku. Wujudnya jalinan peristiwa yang saling jeriat-menjerait itu lazimnya digerakan oleh watak, bertolak dari satu peristiwa yang kemudiannya mempunyai hubungan yang logis lalu berkembang menjurus menemukan suatu peleraian pada bahagian akhir cerita.
Dan kerap kali pula tahap penceritaannya bersifat tradisional atau konvensional itu harus dimulakan dengan pendedahan (exposition), konflik dan peleraian (denouement). Pada bahagian pendedahan atau permulaan cerita, pengarang memperkenalkan suatu situasi di mana watak berhadapan dengan masalah. Hal ini berlaku akibat dari hubungan antara watak itu sehingga menimbulkan konflik batin watak itu sendiri ataupun konflik lahir di mana watak saling berhadapan dengan beberapa fenomena persekitarannya, baik terhadap watak individu, kelompok alam raya mahupun takdir yang menentukan nasib mereka. Semua konflik itu berbaur dan menjadi kerumitan (complication) lalu menemukan tegangan (suspense) yang mencabar untuk mencapai puncak (climax).
Dan dari puncak ketegangan itu, cerita mula memasuki tahap pengakhiran di mana segala pertikaian dan perumitan menemukan peleraian. Peleraian boleh sahaja positif atau negatif kerana ia sebagai pemecahan terhadap segala permasalahan yang berbangkit.

Pengkajian kami terhadap Novel Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah memperlihatkan struktur jalinan plot yang mudah dan dipadankan pula dengan tema atau persoalan yang ringan dan mentah tentang rasa cinta golongan muda terhadap tanah warisan, luahan emosi petani sawah, semangat berkobar-kobar untuk mempertahankan tanah warisan daripada dirampas kerajaan, keluhan dan protes masyarakat terhadap undang-undang tanah, dan memaparkan kehidupan masyarakat yang sederhana sekali.
Novel ini mencernakan pemikiran penulis dan pengalaman pengarang yang dilahirkan dan dibesarkan dalam kalangan masyarakat pesawah. Kisah realiti pengarang yang diangkat serta dikembangkan dari kisah yang dinukilkan menerusi karya ini. Pelukisan watak yang mantap menjadikan plot bergerak seiringan dalam landasan penceritaan, plot juga berlangsung mengikut kronologi dari satu titik peristiwa ke titik perkembangan cerita yang lain.
Secara ringkasnya karya ini menceritakan semangat desa dan perit jerih Cah watak seorang balu berumur 50an yang beranak dua, mempertahankan tanah warisannya daripada dirampas oleh kerajaan bagi melaksanakan projek kolam udang. Sikap anaknya yang kontra dangan prinsipnya dalam memperjuang dan mempertahankan tanah bendang yang dianggapnya umpama maruah bagi hidupnya dan sumber rezeki utama selama puluhan tahun dalam membesarkan anak-anaknya telah menjadi halangan baginya.
 Sikap anak sulangnya Sulaiman yang tidak menghargai pengorbanan tanah sawah dan cenderung terhadap kebendaan telah menyakiti batin Cah untuk mempertahan maruah tanah warisannya. Sebaliknya berbeza dengan sikap anak keduanya Hijrah yang sangat sayangkan tanah sawah warisan nenek moyangnya.
5.1 PENDEDAHAN / PERMULAAN CERITA
Paparan pada permulaan novel memperlihatkan kemunculan watak Derani (Pengerusi JKK) sebagai penyumbang konfik kepada Cah dimana satu peristiwa perhimpunan di balai raya yang menyaksikan Derani telah membawa En. Taha pegawai daripada pihak berkuasa bagi menerangkan tanah bendang pesawah di Kg. Kertau akan dibeli dan diberi pampasan oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan projek kolam udang. Contoh petikan novel :
“Perhimpunan kita petang ni saya rasa penting untuk kita ketahui semua,” kata Derani sambil membuka fail di atas meja. Bersama-sama saya Encik Taha, pegawai daripada pihak berkuasa. Saya ingin maklumkan, kita akan mendapat tuah yang tidak pernah kita duga selama ini. Percayalah, apa-apa yang saya nak beritahu ini pasti mendapat persetujuan semua. Saya harap tidak ada yang menolak  kerana jika kita menolak bererti kita menolak tuah......
“Pampasannya bukan seribu dua tapi puluh ribu. Sawah kita akan dibangunkan kita patut bangga! Kata Derani lagi. Matanya mencalik ke sana sini untuk mendapat persetujuan.
“Derani kami nak makan apa lepas ni?” Tiba-tiba Cah bangun. (Halaman 23-24)
Pemakluman maklumat tersebut telah membawa konflik yang besar kepada para petani di Kg. Kertau. Ada sebilangan petani menentang keras terhadap projek yang bakal dilaksanakan itu. Orang kampung seperti Cah, Azmi, Leha, Habibah dan yang lain-lain tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, sejurus kemudian mereka perlahan keluar dari balai raya meninggalkan Pengerusi JKK dan pegawai pihak berkuasa tersebut.


5.2 PERTENGAHAN NOVEL
Dalam novel ini juga pengarang menceritakan bagaimana perjuangan orang kampung ditunjukkan melalui tindakan-tindakan oleh Hijrah beserta segelintir orang kampung yang berani menunjukkan penentangan mereka secara terang-terangan. Contoh petikan novel :
“Aku tak peduli tanah siapa pun. Tapi aku beri pilihan, mati atau pergi dari sini!” jerkah Hijrah.Kedua-dua drebar lori itu berundur selangkah demi selangkah. Berkeras dengan orang gila, buruk padanya. Bukan masa bersoal jawab. Lebih baik berundur untuk menyelamatkan diri.Hijrah  melepas geram sekali lagi. Diayunnya parangnya ke dinding besi lori yan mula bergerak itu. Bunyinya melengking-lengking sampai terpencik bunga api daripada mata parangnya. Lori itu pun memecut kasar.”(Halaman 148-149)
“Hijrah ada. Kami nak bawanya ke balai,” kata seorang yang berpangkat bunga lawang di atas bahu. Malam yang hanya disimbah cahaya lampu jalan, tidak dapat dipastikan siapa sebenarnya mereka. Cah Cuma pasti pakaian sahaja.“Apa halnya anak saya?”Cah berasa sangsi, tetepi tidaklah sebimbang seperti hukuman potong kepala.“Kami perlu menahannya. Pagi tadi dia cuba mengancam drebar lori bawa tanah merah,” kata pegawai itu lagi. (Halaman 153)
5.3 KONFLIK / KETEGANGAN
Tanah sawah Pak Kasim telah berjaya diduduki oleh pihak berkuasa melalui persetujuan Pak Kasim secara tidak segaja, oleh yang demikian tanah sawahnya menjadi lokasi pertama penurunan tanah merah bagi membuat kolam udang. Pencerobohan ke atas tanah Pak Kasim menjadi kesengsaraan bagi Pak Kasim sendiri. Malah Pak Kasim tidak dapat berbuat apa-apa sehinggakan Hijrah terpaksa campur tangan bagi menghilangkan penderitaan Pak Kasim.
Ekoran penentangan yang dilakukan secara terangan oleh Hijrah bagi menunjukan protes terhadap pencerobahan di tanah sawah Pak Kasim, dia telah ditahan dalam lokap untuk ditahan reman. Akibat daripada peristiwa tersebut Cah dan pesawah di Kg. Kertau telah mendapat suntikan semangat untuk memperjuangkan tanah sawah mereka. Perbincangan secara rahsia telah dijalan atas inisiatif Cah dan Azmi bagi menyelasaikan dan menyelamatkan tanah mereka daripada dirampas kerajaan.
Selain itu, Azizi Haji Abdullah juga menceritakan bagaimana tindak balas yang dilakukan oleh Derani dalam memujuk orang kampung supaya menerima tawaran tersebut dan kepulangan Sulaiman yang menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap penentangan yang dilakukan oleh Cah dan Hijrah.Hijrah telah mendapat kesedaran dan berazam sedaya upayanya memperjuangkan tanah sawah milik emaknya. Kebangkitan Hijrah dalam mempertahan tanah sawah emaknya telah mendapat keyakinan daan sokongan daripada segelintir pesawah lain.Contoh petikan novel :
 “Saya tak mahu cakap panjang. Malam ini, bersama-sama saya, Pak Ngah Musa. Saya dengan Pak Ngah Musa diamanah. Bersama-sama kami ada cek-cek yang akan diberi sebagai pendahuluan. Tak banyak, Cuma RM 5,000 dahulu. Tuan-tuan boleh ambil dan tukar di bank sebagai persetujuan awal,” kata Derani sambil menjeling kepada Hijrah yang sudah mengalih silanya.“Saya tidak sangka kawan-kawan semua tak ada maruah. Saya tak sangka tuan iman sendiri jadi macam ni! Tuan-tuan tahukah, RM 5,000 hangus di pasar malam begitu saja. Tapi sawah tuan-tuan, mana nak cari?”“Hijrah!” Derani menempik agak kuat. “Ini baru pendahuluan. Abang kau sendiri dah ambil 10 ribu!”(Halaman 236-237)
Konflik antara Cah dengan anaknya Sulaiman yang mana membawa ketegangan dalam bentuk perasaan dan emosi watak. Sulaiman telah memberikan tekanan kepada Cah supaya ibunya itu menjual sahaja tanah sawah milik ibunya itu dan dia juga memberi jaminan akan menjaga dan menghantarnya ibu ke Mekah untuk mengerjakan haji hasil duit pampasan tanah tersebut.Konflik petani seperti Razak, Haji Zakaria, dan Ridwan dengan Cah, Hijrah, Azmi, dan petani lain dalam mempertahankan pandangan masing-masing berhubung keputusan jual beli tanah mereka. Penyokong Hijrah inginkan tanah mereka dipertahankan dan tidak mahu jual manakala penyokong Haji Zakaria menginginkan tanah mereka dijual melalui pertindihan pendapat ini mereka menjadi tidak bersatu dalam menyelesaikan masalah.
5.4 PELERAIAN
Pengarang menggunakan unsur kejutan dalam memaparkan penyelesaian masalah ketegangan yang melanda pesawah di Kg. Kertau dengan meletakkan watak Derani sebagai pemain peranan utama dalam mencetuskan muslihat dengan mengalih perhatian para pesawah dengan mengaturkan satu mesyuarat di bandar dengan memanggil kesemua pemilik tanah sawah untuk berbincang menyelesaikan masalah tersebut. Pada hari sama ketika semua persawah ke bandar Derani telah mengarahkan jentera-jentera pergi ke sawah petani terlibat dengan menyodok tanaman padi mereka akibat daripada itu tanah sawah yang menjadi lokasi penempatan projek kolam udang berjaya dilaksanakan kerana tiada penentang dan demonstasi daripada pemilik tanah berkenaan.
Pengarang juga bijak meleraikan persoalan tentang perbincangan yang berlaku semasa Hijrah, Azmi dan pesawah lain ketika mereka menghadiri perjumpaan mesyuarat di bandar anjuran Derani bersama pihak berkuasa. Keputusan telah di ketahui oleh Cah semasa dia diziarahi oleh Hijrah di hospital. Melalui Hijrah dan Azmi, Cah telah diberitahu bahawa pihak berkuasa telah bersetuju membayar ganti rugi kehilangan pendapatan selama 14 musim sebanyak RM 450 serelung dan pampasan sebanyak RM 40,000 serelung sebagai nilai harga tanah. Cah terpaksa akur dengan undang-undang tanah yang ditetapkan oleh kerajaan walaupun hati Cah sangat derita kerana kehilangan tanah warisan keluarganya.
5.5 PUNCAK CERITA (CLIMAX)
Azizi Haji Abdullah, menunjukkan kepada pembaca mengenai apa yang sanggup dilakukan oleh Cah dalam mempertahankan sawah bendangnya dan Derani bagi memastikan penduduk Kampung Kertau menerima tawaran tersebut. Azizi Haji Abdullah menunjukkan bagaimana harga sebuah maruah, di mana konteks ini dalam novel merujuk kepada sawah bendang, bagi penduduk Kampung Kertau khususnya Cah, bernilai.Contoh petikan novel :

Dalam keadaan meronta-ronta itu Habibah terlucut pegangan tangan Cah. “Makkkk!” Habibah pula risau.Keadaan benar-benar menjadi kelam-kabut. Lima enam orang perempuan yang mendukung anak mula berasa cemas melihat seorang tua berjaya mengumpulkan tenaganya lalu berlari-lari ke hadapan jentera sambil menjulang-julang parang yang dipegangnya.Polis antirusuhan menjadi tergamam sesama sendiri tetapi anehnya mereka tidak melakukan apa-apa, kerana mereka sedar Cah tidak melakukan kekerasan. .( Muka Surat 365)