Sunday, September 22, 2013

Mydin ooo mydin

Hari ni mak ak ajak p mydin,,beli karpet katanyaa,,,seronok2 beli,,troli sampai bukit tinggal jap rupanyaa troli da kena kebassss haiyakkkk...mat banglaa pi susun balik brg2 kat troli tu,,,mcm nak kena je bangla ni,,sabar jela..haiyaaa...

Saturday, September 21, 2013

DeBaRaN...

fuhhh lagi 3 minggu nak bergelar isteri,,,debaran pulak rasanya....Yaallah permudahkkannlaa segalanya,,dari semua aspek,,dari kewangn,rezeeki,urusan sebelum n selepas kawen,,,berikan hidayah kepada kami berdua akan hidup dengan cara ISLAM..kurniakan kami kelak rezeki dan kehidupan yang bahgia dunia akhirat...Ak percaya Allah sentiasa bersama ku,,Amin.....bERDEBAR-DEBAR.....

Sunday, September 15, 2013

sahabat n ak

ak punya ramai kawan alhamdulillah ak bersyukur sebb ak ramai kawan,,tpi tulaa kdg2 kita selalu jaga hati kawan kita tapii kawan kita tak pernah jaga hati kita,,,dulu ak selalu diamkan diri takpe sekrg kalo kawn y selalu pentingkn diri,selalu berubah2  selalu cari ak time susah je,,memg ak akn kwn dia mcm biasa2 je,,,watpe laa nak sakit hati dengki hati,,,ak punya bayk lagi kawan,,,yg selalu mendoakan,,khdpn ni sementara je ape y kita buat kat org ada la balasannya kan,,,doakanlaa yg baik2...kita takle doakan ynag buruk2 taw,,,,,cari kawan y bole bawa kita ke Jannah..

Sabah

hrini pagi2 mak  da bangun,,masak2...sebb abg kesygn nk kena posting sabah...sedihnyeee suma orang sedih...yela dahla jauh susah pulak nak balik..kami mendoakan kejayaan abg mizi kat sana....hati2 k...we love u forever

Thursday, September 12, 2013

Karya pertama..."putri Sanggul..My lecture sayss gud job!! yehuu

Suasana petang yang sangat damai dan tenang . burung-burung yang riang berterbangan di langit biru. Dia merasakan amat cemburu dengan kegembiraan si burung kerana dapat bebas dan bergembira bersama temannya. Namun, Sofia hanya hidup sendiri sejak kepemergian ibu dan ayah tersayang ke Rahmatullah. Sejak ketiadaan kedua orang tuanya, perwatakannya berubah daripada seorang yang periang kepada  seorang yang suka menyendiri. Hidup sebagai yatim piatu mengajarkan menjadi seorang yang berdikari dan seorang yang berjiwa gigih.
Setiap petang, Sofia akan menghirup udara segar di bawah pokok rendang di hadapan rumahnya. Angin sepoi-sepoi bahasa yang membuatkan jiwanya tenang bersama gugurnya daun-daun kekeringan.  Terimbas kembali pesanan ibu bapanya supaya tuntutlah ilmu kerana ilmu itu sangar berharga dan ia dapat menjamin masa depan yang cerah.Pesan ayahnya “ ayah mahu anak ayah menjadi seorang insan yang berguna kelak, buktikan pada ayah dan mak yang Sofia akan belajar bersungguh-sungguh walaupun ketiadaan ayah”. Setiap kata-kata hikmat itu menjadi pendorong untuknya meneruskan perjuangan hidup sebagai seorang insan yang biasa. Tanpa diduga, kelopak mata Sofia berkaca dan dia hanya membiarkan air matanya jatuh ke bumi. Dia mengakui bahawa dia sangat merindui orang tuanya itu. Namun, dia hanya dapat mendoakan kebahagiaan orang tuanya di alah sana. Allah lebih menyayangi kedua ibu bapanya dan dia Redha atas ketentuan Ilahi.
Pada suatu hari, Sofia sedang mengemas rumahnya. Tiba-tiba dia mendengar deruan motor yang masuk ke perkarangan rumahnya. “Pin... pinnnn... pinnnn..”, bunyi hon motor posmen yang datang. “assalamualaikum”, jerit posmen tersebut. Sofia menjenguk di jendela sebelum membuka pintu. “ waalaikumussalam, oh, posmen rupanya, ingatkan siapa tadi. Sekejapya.”, jawab Sofia dengan lemah lembut. Sofia berjalan menuju ke pintu dan membuka daun pintu rumahnya dengan perlahan dan pergi mengambil utusan dari posmen tersebut. Tiba-tibanya hatinya berdegup kencang apabila melihat sekeping sampul yang tertera lambang Universiti Putra Malaysia. Dia merasakan sangat gementar pada saat itu kerana penasaran ingin tahu apakah isi kandungan warkah yang diterima olehnya.
Setelah melihat tujuan sebenar warkah tersebut, dia berasa sangar gembira dan teruja, lalu dia terus berlari dengan membawa hati yang sangat gembira ke rumah makciknya yang berhampiran. “ asalamualaikum, makcik.. makcik.. asalamualaikum.. , jeritnya. “ waalaikumussalam, ye Sofia. Terkejut makcik. Ingatkan siapa tadi, terjerit-jerit. Dah buang tabiat ke?  Hah? Apahal Nampak gembiranya je ni?”, ujar makciknya. “ saya dapat tawaran universiti dalam bidang kejuruteraan, nie lah impian saya selama ni. Tercapai jua akhirnya.” kata Sofia. Makciknya tumpang gembira dengan berita yang disampaikan oleh anak buahnya itu. Tiba-tiba wajah Sofia berubah menjadi suram. Makciknya bertanya “ kenapa ni Sofia? Tadi gembira sangat, ni sedih pula”. “emmmm tapi Sofia kan dah tak ada mak dan ayah, siapa yang nak tanggung kos pembiayaan pelajaran Sofia nanti? “, kata Sofia dengan nada yang sedih. “ jangan la risau, Sofia jangan fikir sangat pasal kos pembelanjaan tu, nanti pakcik dan makcik akan usahakan. Yang penting, Sofia dapat sambung belajar dan kejar cita-cita Sofia. Itu yang mak dan ayah Sofia nak kan? Dah.. jangan sedih-sedih dan fikir pasal tu, selagi makcik ada, makcik akan tolong Sofea.”, ujar makciknya kepada Sofia.
Malam yang dingin, Sofia membentangkan sejadah untuk menunaikan solat Isyak dan mesedekahkan bacaan Yassin kepada kedua orang tuanya kerana berkat mereka, sambil memegang seutas tasbih Sofia berjaya untuk menikmati kehidupan sebagai seorang penuntut universiti. Dia juga memanjatkan doa kepada Ilahi atas rezeki yang dilimpahkan kepadanya. Selesai solat dan bacaan Yassin, Sofia mula mengemas dan menyusun barang-barang keperluan yang perlu dibawa bersamanya ke Universiti nanti. Tiba-tiba, dia terpandang cucuk sanggul yang selalu dipakai oleh ibunya suatu ketika dahulu lalu dia meletakkan cucuk sanggul itu ke dalam beg pakaiannya.
Pada tanggal 2 September 2008, setelah selesai sesi pendaftaran, setiap penuntut UPM, menerima satu kad yang dinamakan ‘kad matrik’. Maka, bermulah perjalanan hidup Sofia sebagai seorang penuntut UPM. Dia merasakan amat kerdil apabila bertemu dengan pelbagai ragam pelajar dan juga kesesakan di Universiti Putra Malaysia. Semua penuntut menghadiri satu majlis suai kenal yang diadakan di dewan besar UPM. Dalam majlis tersebut, Ketua Majlis Perwakilan Pelajar UPM, memberitahu kegunaan kad matrik yang semua penuntut dapat amat berharga kerana tanpa kad matrik tersebut mereka tidak boleh menjalan atau menyertai sebarang aktiviti dalam UPM.
Bermulanya kuliah  pada hari yang pertama, Sofia terlambat untuk menghadiri kuliahnya kerana tiba-tiba jam locengnya rosak. Sofia bergegas menyiapkan diri dan terus berlari menuju ke tempat menunggu bas tanpa menghiraukan orang yang ada disekelilingnya. Semua mata memandang perlakuan Sofia yang sedang berlari itu. Beberapa minit kemudian, bas tiba lalu Sofia bergegas masuk ke dalam bas.  “ eh, awak ni pelajar UPM ke?. Tanya pemandu bas itu” .Ya. Saya pelajar baru. Kenapa ye?. Tanya Sofia kepada pemandu bas itu. Lalu pemandu bas menberitahu Sofia supaya sentiasa mempamerkan kad matrik khususnya apabila hendak menggunakan perkhidmatan di UPM.
Di Universiti,Sofia amat diminati oleh mahasiswa-mahasiwa bukan kerana rupas parasnya sahaja tetapi kerana ketinggian akhlak dan budi bahasanya. Uniknya Sofia ini, dia sentiasa memakai cucuk sanggul walau ke mana pun dia pergi. Sofia tidak membenarkan sesiapa pun menyentuhnya. Aiman merupakan kawan kelas Sofia dan dalam masa yang sama ,Aiman secara diam  menyukai Sofia. Aiman selalu memerhatikan Sofia. Suatu hari Aiman memberanikan diri untuk bertemu dengan Sofia. Selepas selesai kuliah Aiman memberanikan diri menyapa Sofia. “ hai Sofia kan?” sapa Aiman. Sofia hanya mengangguk kosong dan berlalu pergi. Aiman terus mengejar Sofia dan menyatakan hasratnya untuk berkenalan dengan Sofia. Sofia hanya tersenyum manja.
Setelah hampir 2 bulan perkenalan Sofia ingin meraikan hubungan mereka dengan membeli hadiah yang sangat berharga. Seperti kebiasaannya, usai kuliah Sofia pergi ke tempat dimana Aiman selalu bertemu rakan-rakannya. Sofia ingin membuat kejutan kepada Aiman. Langkah kegermbiraan Sofia terhenti apabila Sofia terdengar perbualan Aiman dan rakan-rakannya. “ wah, akhirnya dapat juga ko si Sofia tu. Jangan lupa aku cabar ko ambil cucuk sanggul tu” kata salah seorang daripada rakan Aiman. “ tenang, pelahan-pelahan kayuh. Ko ingat aku suka sangat kat si Sofia tu. Dia dah tergila-gila kat aku, aku cuma nak cucuk sanggul buruk dia tu”. Kata Aiman sambil terbahak-bahak..Jantung Sofia bagaikan dirobek lantas air matanya jatuh berguguran. Rupa-rupanya hubungan yang dibina selama 2 bulan itu hanyalah atas dasar cabaran dari rakan-rakan Aiman sahaja. Tiba-tiba hadiah yang dipegang dari tangan terjatuh lalu disedari oleh Aiman. Sofia terus berlari dan Aiman mengejar mendapatkannya. Kaki Sofia tersadung dek sebiji batu lalu terjatuh. Aiman terus menarik sanggul di kepala Sofia. Sofia hanya mampu  meratapi nasibnya.
2 hari kemudian,
Aiman berasa gelisah bak kata pepatah ‘mandi tak basah,tidur tak lena’. “kenapa hati aku tak senang  ni?makan tak kenyang,tidur tak lena, semuanya tak kena”. Aiman bermonolog sendirian. Sambil merenung cucuk sanggul tersebut Aiman terlena. Dalam lenanya tiba-tiba datang seorang wanita tua merayu kepadanya supaya memulangkan semula cucuk sanggul itu kepada Sofia. Perempuan tua itu juga,memberitahu di mana Sofea berada.Setelah itu, Aiman tersedar dari lenanya. Aiman duduk termenung di bingkai katilnya dan mengingat kembali kata-kata wanita tua dalam mimpinya tadi. “Betul ke apa yang wanita tua tu cakap?”. Fikir Aiman. Tetapi Aiman hanya endah tak endah dan melupakan apa yang dimimpikan tadi. Aiman terus bangun dan membersihkan diri sambil berdoa dan bertasbih memuji kebesaran Maha Pencipta.
Keesokan harinya Aiman bertekad untuk mencari Sofea.Aiman hanya menurut sahaja petunjuk mimpinya.Sampai di suatu tempat yang dituju,dia menemui kelibat seorang wanita yang sedang duduk sendirian di atas bangku sambil kepalanya ditutupi selendang putih. Daun-daun berterbangan mengikut rentak angin. Aiman merasakan itulah kelibat Sofea lalu terus mendapatkannya. “Sofia....Sofia..kamukah itu?”kata Aiman dengan suara yang terketar-ketar,Wanita itu menoleh muka dan tersenyum. “Betul,la kamu Sofia.Sofia maafkan aku.Aku banyak salah pada kamu Sofea.Maafkan aku”Aiman merayu sambil melutut menyembah kaki Sofia.Air matanya juga jatuh berguguran. Sofia melangkah setapak ke belakang dan meminta Aiman berdiri menghadapnya. “ Saya da lama maafkan awak. Satu permintaan saya supaya awak pulangkan semula cucuk sanggul saya. Ia amat bermakna bagi saya”. Kata Sofia dengan nada sayu. Aiman terus menyeluk sakunya dan memulangkan cucuk sanggul itu. Terlihat kegembiraan di wajah Sofia tatkala itu.

“ boleh saya Tanya satu soalan?” Tanya Aiman. Sofia hanya mengangguk dan tersenyum. “Kenapa awak terlalu sayangkan cucuk sanggul tu? Sampaikan tiada siapa bleh menyentuhnya dari awak”. Sofia mula menceritakan bahawa cucuk sanggul itu merupakan peninggalan turun temurun dari generasi ke generasi yang lain. Cucuk sanggul itu memberi dua keistimewaan yang semua orang inginkan. “ dua keistimewaan?” Aiman tertanya-tanya. Sofia membiarkan persoalan itu bermain di benak fikiran Aiman. Sofia terus berlalu pergi.

KAGUM

hari ni ak terbaca satu artikel..mengenai bagaimana cara wardinah mendidik anak2nya bersolat...wow...sangt menarik,,rasa nak menitik air mata membacanya.so proud with her,,,anak2 memg perlu dia ajar dari kecik ....teringat ak masa ak kecik2,,my parents sgt serius bab solat...lambat sikit memg kena rotan...abag ak selalu azan kat umah..then ktrg semyg jemaah masa kecik2,,abh takda,,abh semyang kat masjid..abg2 ak y imam,,kdg2 kakak ak y imam kalo abg2 ak p masjid....ye sampai sekrg ak rindu suasana macmtu...ak rindu nak sembhyg jemaah mcm dulu...sekrg masing2 da jauh,,memg susah nak berjemaah,...tapi hbgn kami masih akrab macm dulu....hopelyy after married ak nak solat jemaah selalu ngn suami...hopelyyyyyyyyyy sgt2,,,sebb memg solat tu tiang agama tiang segala kebahagiaan,,,
Antara petikan kisah wardina :
 have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! G

Saturday, September 7, 2013

Sabah

tetetetetetetetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.......
"lily mizi dapat sabah..?,,,,"
hah yeke mak,,,alaa..
Hati aku terus syahdu tetibe je,,,abg ak y selalu tolong ak,,selalu mrh3 ak da nak p sabah,,,ak rasa sedh sgt2...tah tahu nape,,mgkin sebb ikatan kekeluargaan yg kuat,,,selama ni ape2 abg ak,,,ape2 abg ak,,,sekrg da takle menghrp pada dia lagi,,,harp dia oke kat sana n dpt balik mengajar kat sini balik oke!!

sukan n sekolah

semalam lepas habis sekolah..ak terus tekad nak share kot blog ni,,yg best ni,,kat blog ni aku boleh ckp apepun,,sebb tak sape pun follow,,hehe maklumlaa buat ni sebb kena paksa so kawn2 suma da tak layn blog da...semalm sukan prasekolah buat kat sekolah ak,,meriahnyee kanak2 yg sgt comel,,,tergt zaman2 kegemilngan ak time mengajar prasekolah...ptg cri duit,,,khdpn yg tak pernh rehat,,,,best kot semalm kawan2 sportg ak pulak asyik kena sakat je,,maklumlaaa muda n bujang la katakan,,hehe walpn sekolah aktu gb dia straigt sgt2 nak cuti,,nak ape2 pun,,kena bebelan dulu baru dpt..tapi ak seronok kat sekolah tu,,,rindu plak ak pd gb lama ak...ustaz razali....wuarhhh jumpa dia terus sayss hye ustaz,,,nape ustaz nampak buncit ni,,hahaha gb terus gelak,,aklaa satu2 guru y suka sakat dia,,,gurubesar paling best ak jmpa...y suka gelak n sempoi,,,,inilah kenangan namanya,,,,kenangan tetap kenangan kita sebagai manusia kena teruskan kehidpn weeeeeeeeeeeeeeeuu,,,

Tuesday, September 3, 2013

Kawan biasalah kan,,time dia gaduh ngn membe2 dia dia lupaa org sekeliling,,bila dia takda teman,,,barula terhegeh2,,,alkisahlah ak tak suka betui kawan mcmni,,,aish,,,kawan ni biar ikhlas jgn suka mengambil kesempatan,,,,habislaaaa kalo dpt kwn cam gini,,hati tak tenteram jela,,,,baik cri kawn lain kot...ramai org kat dunia ni bole buat kawan,,jgn kawan makn kawn da lerr