Sunday, March 24, 2013

Mengumpat dan Diumpat

Perkataan yang sering salah digunapakai kadangkala mampu mengalahkan sebilah pedang yang sangat tajam..perumpamaan ni sebagai contoh kepd mereka2 yg apbila bercakap tanpa melihat perasaan orang sekeliling......"" ada aku kesah...janji ak cakap jujur!!"istilah ni la yg sebenrnye telah salah di guna pakai.oleh segelintir org...Alhamdulilah,,Entry kali ni nak berkongsi pasal mengumpat..diumpat atau yg seangkatan dengannya...sebelum tu nak kongsi sikit agar dapt memberi manfaat pada mereka yg membaca..





Dalil dari al-Quran,dari surah al-Hujurat ayat 12.Maksud penuhnya ialah"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,tentulah kamu sekelian benci memakannya."

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)


Ramai diluar sana masih beranggapa mengumpat itu perkara yang remeh..mereka sentiasa mengumpat perihal seseorang ,menceritakan keaiban orang lin tanpa melihat keaiban diri sendiri..Sebagai manusia kita perlu sedar...setiap manusia yang diciptakan oleh ALLAH ada baik dan buruknyaa...kita sebgai manusia perlu bersyukur dan sntiasa redha dengan segalaa ketentuan yang diberikan,,,apabila melihat kesalahan org,,tidaksalah jika kitamenegur dan menasihati dengan cara berkhikmah..bukannya sekadar cakp osong dibelakang tetapi di depan amboiii baiknya berbicara bak kata pepatah pijak semut pun tak mati....


Sudahlaaa mengumpat orang,,,,pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Orang yang diumpat mendapat keuntungan yang besar.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".


Maka marilah kita sama2 bermuhasabah diri kita...termasuk diri saya sendiri..seoga selepas ini dapat mengurangkan aktiviti mengumpat ini yang tidak akan lekang dari manusia,,,Insyaallah...
Jadikan ALLAH yang utama dalam setiap apa yang kita lakukan.

No comments:

Post a Comment