Sunday, April 14, 2013

Belajar untuk redha!!




Perempuan, kadang dia sering menyembunyikan perasaan sakit pada seseorang sehingga menitis airmata tanpa sedar, tidak mahu airmata dia dilihat orang lain. Dia menangis dalam diam , senyap tiada siapa yang tahu. Dia selalu mengatakan dirinya ‘ok’ tapi sakit didalam, derita yang dia alami hanya dia yang tahu. Dia bijak memainkan watak lakonan bagi menyembunyikan kedukaan di sebalik senyuman yang terukir.

airmata seorang wanita gugur tanpa dilihat orang lain, dia tak mahu orang lain tahu yang dia sedang bersedih, dia tak mahu orang lain tahu derita yang ditanggung. Padanya cukup la hanya dia sahaja yang menanggung apa yang ada dalam hatinya. Dia tak mahu orang sekeliling tahu. cukup hanya dia yang memendam rasa. 


Kadang-kala bila airmatanya gugur, dia seolah-olah hilang semangat, dia patah hati, tawar hati. Tatkala kekuatan dia semakin rapuh, jangan biarkan dia sendirian, temani dia dan bimbingla dia supaya kekuatan dapat dibina semula. yakinkan dia bahawa ini realiti kehidupan yang harus dia tempuh. 

Perempuan, dia jarang menyatakan rindu dan sayang pada anda, bukan bermaksud dia tak sayang dan rindu, sungguh dia rindu tapi dia tak berani nak luahkan, dia takut dan malu sebab dia seorang perempuan. Bila seseorang dia sayang menyatakan rindu padanya, hatinya berbunga-bunga. Senyum dari pagi hingga malam, siap berdendang melodi cinta. Bila dia menyatakan rindu dan sayang dia benar-benar maksudkan.  Bila dia rindu, bayangan anda sentiasa dalam fikiran dia, anda jua yang dia ingat dalam apa jua yang dia lakukan. Bila dia rindu, dia harap anda akan menghubungi dia dan cepat-cepat jawab panggilan anda sambil terlompat-lompat keriangan. pada dia cukup untuk anda bertanya khabar. itula perempuan bila dia dah rindu.


Dia tahu bila anda tiba-tiba menjauhkan diri, mendiamkan diri, dia faham anda mahukan ruang untuk memikir dan membuat keputusan. Dia akan biarkan anda berbuat demikian tanpa desakan kerana dia yakin, jika anda kembali padanya, anda adalah untuk dia, jika tidak dia redha.

|Perempuan, kalau sudah jatuh hati, amat susah untuk lepaskan| |bila patah hati, dia akan mengambil masa untuk pulih| #bukan sepenuh hasil tulisan penulis #rujukan: harianislam dan thankyou for my friends ILLA NABILLA (Nukilan beliau yang dikongsi =)

2 comments:

  1. Ok dah ni Ju.

    Cuma perlu tambah blog list je, boleh la blog kak Nabilah menumpang glamor kt sini, kekeke.

    K.N dah follow Ju, nanti jemput singgah kat blog k.N ek.

    Semua update ttg khidupan [cewah] akan share kt blog je. xreti nak update kt FB, huhu...

    TQ, bye..

    ReplyDelete
  2. yeke kak,,terimakaseh kak..nnti saya follow tapi saya rasa saya da follow akk nyer...hehehe brg mengandung kan???hehehe akk mcmna nak letak list tu

    ReplyDelete