Friday, April 5, 2013

Contohi akhlak Jepun~~

Hri ni nak share sikit mengenaai adab....satu hri tu sewaktu makan ngn membe2..dtg sekumpulan gadis2 comel nikan,molek sungguh,,,lawa pun lawa,,,kaya pula naikkyta honda tu...alhamdulillah rezeki  ALLAH bgpd mereka.,duduk pulak sebelah meja kami,,,tme kami makan,,kami terdengar la dorg dok bersembang,,,,amboi,,,sedp sunguh bersembang,,,sambil mengutuk,,bahasa ntah ape2 ntah,,berlagak bukan main,,,,kutukspeakg2 la pulak,,,suara sebatu leh dengar,huhuhu sampai membe kami sorg ni ckp la,,,"emmm syg,,,,: ak tertanya2 kenapa?? dia pun berbisik,,,syg,,,perngai gituh,,,"Kat sini ak terus mengambil iktibar,,secantk atau sekaya mana pun seorang wanita,,,akhlak tu la yg pertama dipandang... Jom kita lihat,akhlak org jepun yg sehingga kini bole mencapai kejayaan,,,kdg2 kita perlu cntohi mereka dalam perkara yang baik....



10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:


1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Ak
hlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Sumber Asal: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=521265741257650&set=a.140501556000739.30439.140501459334082&type=1&theater

No comments:

Post a Comment