Thursday, September 12, 2013

Karya pertama..."putri Sanggul..My lecture sayss gud job!! yehuu

Suasana petang yang sangat damai dan tenang . burung-burung yang riang berterbangan di langit biru. Dia merasakan amat cemburu dengan kegembiraan si burung kerana dapat bebas dan bergembira bersama temannya. Namun, Sofia hanya hidup sendiri sejak kepemergian ibu dan ayah tersayang ke Rahmatullah. Sejak ketiadaan kedua orang tuanya, perwatakannya berubah daripada seorang yang periang kepada  seorang yang suka menyendiri. Hidup sebagai yatim piatu mengajarkan menjadi seorang yang berdikari dan seorang yang berjiwa gigih.
Setiap petang, Sofia akan menghirup udara segar di bawah pokok rendang di hadapan rumahnya. Angin sepoi-sepoi bahasa yang membuatkan jiwanya tenang bersama gugurnya daun-daun kekeringan.  Terimbas kembali pesanan ibu bapanya supaya tuntutlah ilmu kerana ilmu itu sangar berharga dan ia dapat menjamin masa depan yang cerah.Pesan ayahnya “ ayah mahu anak ayah menjadi seorang insan yang berguna kelak, buktikan pada ayah dan mak yang Sofia akan belajar bersungguh-sungguh walaupun ketiadaan ayah”. Setiap kata-kata hikmat itu menjadi pendorong untuknya meneruskan perjuangan hidup sebagai seorang insan yang biasa. Tanpa diduga, kelopak mata Sofia berkaca dan dia hanya membiarkan air matanya jatuh ke bumi. Dia mengakui bahawa dia sangat merindui orang tuanya itu. Namun, dia hanya dapat mendoakan kebahagiaan orang tuanya di alah sana. Allah lebih menyayangi kedua ibu bapanya dan dia Redha atas ketentuan Ilahi.
Pada suatu hari, Sofia sedang mengemas rumahnya. Tiba-tiba dia mendengar deruan motor yang masuk ke perkarangan rumahnya. “Pin... pinnnn... pinnnn..”, bunyi hon motor posmen yang datang. “assalamualaikum”, jerit posmen tersebut. Sofia menjenguk di jendela sebelum membuka pintu. “ waalaikumussalam, oh, posmen rupanya, ingatkan siapa tadi. Sekejapya.”, jawab Sofia dengan lemah lembut. Sofia berjalan menuju ke pintu dan membuka daun pintu rumahnya dengan perlahan dan pergi mengambil utusan dari posmen tersebut. Tiba-tibanya hatinya berdegup kencang apabila melihat sekeping sampul yang tertera lambang Universiti Putra Malaysia. Dia merasakan sangat gementar pada saat itu kerana penasaran ingin tahu apakah isi kandungan warkah yang diterima olehnya.
Setelah melihat tujuan sebenar warkah tersebut, dia berasa sangar gembira dan teruja, lalu dia terus berlari dengan membawa hati yang sangat gembira ke rumah makciknya yang berhampiran. “ asalamualaikum, makcik.. makcik.. asalamualaikum.. , jeritnya. “ waalaikumussalam, ye Sofia. Terkejut makcik. Ingatkan siapa tadi, terjerit-jerit. Dah buang tabiat ke?  Hah? Apahal Nampak gembiranya je ni?”, ujar makciknya. “ saya dapat tawaran universiti dalam bidang kejuruteraan, nie lah impian saya selama ni. Tercapai jua akhirnya.” kata Sofia. Makciknya tumpang gembira dengan berita yang disampaikan oleh anak buahnya itu. Tiba-tiba wajah Sofia berubah menjadi suram. Makciknya bertanya “ kenapa ni Sofia? Tadi gembira sangat, ni sedih pula”. “emmmm tapi Sofia kan dah tak ada mak dan ayah, siapa yang nak tanggung kos pembiayaan pelajaran Sofia nanti? “, kata Sofia dengan nada yang sedih. “ jangan la risau, Sofia jangan fikir sangat pasal kos pembelanjaan tu, nanti pakcik dan makcik akan usahakan. Yang penting, Sofia dapat sambung belajar dan kejar cita-cita Sofia. Itu yang mak dan ayah Sofia nak kan? Dah.. jangan sedih-sedih dan fikir pasal tu, selagi makcik ada, makcik akan tolong Sofea.”, ujar makciknya kepada Sofia.
Malam yang dingin, Sofia membentangkan sejadah untuk menunaikan solat Isyak dan mesedekahkan bacaan Yassin kepada kedua orang tuanya kerana berkat mereka, sambil memegang seutas tasbih Sofia berjaya untuk menikmati kehidupan sebagai seorang penuntut universiti. Dia juga memanjatkan doa kepada Ilahi atas rezeki yang dilimpahkan kepadanya. Selesai solat dan bacaan Yassin, Sofia mula mengemas dan menyusun barang-barang keperluan yang perlu dibawa bersamanya ke Universiti nanti. Tiba-tiba, dia terpandang cucuk sanggul yang selalu dipakai oleh ibunya suatu ketika dahulu lalu dia meletakkan cucuk sanggul itu ke dalam beg pakaiannya.
Pada tanggal 2 September 2008, setelah selesai sesi pendaftaran, setiap penuntut UPM, menerima satu kad yang dinamakan ‘kad matrik’. Maka, bermulah perjalanan hidup Sofia sebagai seorang penuntut UPM. Dia merasakan amat kerdil apabila bertemu dengan pelbagai ragam pelajar dan juga kesesakan di Universiti Putra Malaysia. Semua penuntut menghadiri satu majlis suai kenal yang diadakan di dewan besar UPM. Dalam majlis tersebut, Ketua Majlis Perwakilan Pelajar UPM, memberitahu kegunaan kad matrik yang semua penuntut dapat amat berharga kerana tanpa kad matrik tersebut mereka tidak boleh menjalan atau menyertai sebarang aktiviti dalam UPM.
Bermulanya kuliah  pada hari yang pertama, Sofia terlambat untuk menghadiri kuliahnya kerana tiba-tiba jam locengnya rosak. Sofia bergegas menyiapkan diri dan terus berlari menuju ke tempat menunggu bas tanpa menghiraukan orang yang ada disekelilingnya. Semua mata memandang perlakuan Sofia yang sedang berlari itu. Beberapa minit kemudian, bas tiba lalu Sofia bergegas masuk ke dalam bas.  “ eh, awak ni pelajar UPM ke?. Tanya pemandu bas itu” .Ya. Saya pelajar baru. Kenapa ye?. Tanya Sofia kepada pemandu bas itu. Lalu pemandu bas menberitahu Sofia supaya sentiasa mempamerkan kad matrik khususnya apabila hendak menggunakan perkhidmatan di UPM.
Di Universiti,Sofia amat diminati oleh mahasiswa-mahasiwa bukan kerana rupas parasnya sahaja tetapi kerana ketinggian akhlak dan budi bahasanya. Uniknya Sofia ini, dia sentiasa memakai cucuk sanggul walau ke mana pun dia pergi. Sofia tidak membenarkan sesiapa pun menyentuhnya. Aiman merupakan kawan kelas Sofia dan dalam masa yang sama ,Aiman secara diam  menyukai Sofia. Aiman selalu memerhatikan Sofia. Suatu hari Aiman memberanikan diri untuk bertemu dengan Sofia. Selepas selesai kuliah Aiman memberanikan diri menyapa Sofia. “ hai Sofia kan?” sapa Aiman. Sofia hanya mengangguk kosong dan berlalu pergi. Aiman terus mengejar Sofia dan menyatakan hasratnya untuk berkenalan dengan Sofia. Sofia hanya tersenyum manja.
Setelah hampir 2 bulan perkenalan Sofia ingin meraikan hubungan mereka dengan membeli hadiah yang sangat berharga. Seperti kebiasaannya, usai kuliah Sofia pergi ke tempat dimana Aiman selalu bertemu rakan-rakannya. Sofia ingin membuat kejutan kepada Aiman. Langkah kegermbiraan Sofia terhenti apabila Sofia terdengar perbualan Aiman dan rakan-rakannya. “ wah, akhirnya dapat juga ko si Sofia tu. Jangan lupa aku cabar ko ambil cucuk sanggul tu” kata salah seorang daripada rakan Aiman. “ tenang, pelahan-pelahan kayuh. Ko ingat aku suka sangat kat si Sofia tu. Dia dah tergila-gila kat aku, aku cuma nak cucuk sanggul buruk dia tu”. Kata Aiman sambil terbahak-bahak..Jantung Sofia bagaikan dirobek lantas air matanya jatuh berguguran. Rupa-rupanya hubungan yang dibina selama 2 bulan itu hanyalah atas dasar cabaran dari rakan-rakan Aiman sahaja. Tiba-tiba hadiah yang dipegang dari tangan terjatuh lalu disedari oleh Aiman. Sofia terus berlari dan Aiman mengejar mendapatkannya. Kaki Sofia tersadung dek sebiji batu lalu terjatuh. Aiman terus menarik sanggul di kepala Sofia. Sofia hanya mampu  meratapi nasibnya.
2 hari kemudian,
Aiman berasa gelisah bak kata pepatah ‘mandi tak basah,tidur tak lena’. “kenapa hati aku tak senang  ni?makan tak kenyang,tidur tak lena, semuanya tak kena”. Aiman bermonolog sendirian. Sambil merenung cucuk sanggul tersebut Aiman terlena. Dalam lenanya tiba-tiba datang seorang wanita tua merayu kepadanya supaya memulangkan semula cucuk sanggul itu kepada Sofia. Perempuan tua itu juga,memberitahu di mana Sofea berada.Setelah itu, Aiman tersedar dari lenanya. Aiman duduk termenung di bingkai katilnya dan mengingat kembali kata-kata wanita tua dalam mimpinya tadi. “Betul ke apa yang wanita tua tu cakap?”. Fikir Aiman. Tetapi Aiman hanya endah tak endah dan melupakan apa yang dimimpikan tadi. Aiman terus bangun dan membersihkan diri sambil berdoa dan bertasbih memuji kebesaran Maha Pencipta.
Keesokan harinya Aiman bertekad untuk mencari Sofea.Aiman hanya menurut sahaja petunjuk mimpinya.Sampai di suatu tempat yang dituju,dia menemui kelibat seorang wanita yang sedang duduk sendirian di atas bangku sambil kepalanya ditutupi selendang putih. Daun-daun berterbangan mengikut rentak angin. Aiman merasakan itulah kelibat Sofea lalu terus mendapatkannya. “Sofia....Sofia..kamukah itu?”kata Aiman dengan suara yang terketar-ketar,Wanita itu menoleh muka dan tersenyum. “Betul,la kamu Sofia.Sofia maafkan aku.Aku banyak salah pada kamu Sofea.Maafkan aku”Aiman merayu sambil melutut menyembah kaki Sofia.Air matanya juga jatuh berguguran. Sofia melangkah setapak ke belakang dan meminta Aiman berdiri menghadapnya. “ Saya da lama maafkan awak. Satu permintaan saya supaya awak pulangkan semula cucuk sanggul saya. Ia amat bermakna bagi saya”. Kata Sofia dengan nada sayu. Aiman terus menyeluk sakunya dan memulangkan cucuk sanggul itu. Terlihat kegembiraan di wajah Sofia tatkala itu.

“ boleh saya Tanya satu soalan?” Tanya Aiman. Sofia hanya mengangguk dan tersenyum. “Kenapa awak terlalu sayangkan cucuk sanggul tu? Sampaikan tiada siapa bleh menyentuhnya dari awak”. Sofia mula menceritakan bahawa cucuk sanggul itu merupakan peninggalan turun temurun dari generasi ke generasi yang lain. Cucuk sanggul itu memberi dua keistimewaan yang semua orang inginkan. “ dua keistimewaan?” Aiman tertanya-tanya. Sofia membiarkan persoalan itu bermain di benak fikiran Aiman. Sofia terus berlalu pergi.

No comments:

Post a Comment