Monday, August 12, 2013

Kebaikan e-banking

              Perbankan internet bermaksud khidmat perbankan secara talian atau 
menggunakan internet tanpa perlu berada di bank secara fizikal. Anda hanya perlu berada didepan komputer yang mempunyai sambungan internet.Kebanyakan bank di Malaysia menawarkan khidmat perbankan internet atau juga dikenali sebagai e-banking.
Bagi kebanyakan kita, menjalani kehidupan serba pantas mungkin memberi tekanan serta keletihan. Kemajuan teknologi yang pesat membangun serta melengkapi setiap aspek kehidupan kita tidak menjadikan hidup kita selesa dan memuaskan. Dalam gaya hidup dengan kemodenan serba pantas telah menjadi satu kebiasaan, seseorang itu haruslah menjangkakan gaya hidup yang maju. Namun, keadaan sebaliknya mungkin berlaku.Terdapat beberapa kebaikan eperbankan ini antaranya adalah
a)      Menjimatkan masa.Dengan pelbagai tanggungjawab memenuhi kehidupan seharian kita,ramai individu mendapati menyeimbangkan kerjaya serta menjalankan tugas seharian amat mencabar, terutama sekali bagi mereka yang berasal dari kawasan bandar. Pada mereka, masa adalah sesuatu yang berharga dan tidak boleh dibeli, lalu ia membawa maksud baharu kepada pepatah “Masa itu Emas” kerana ia telah mengubah taraf kehidupan seseorang.Senario ringkas seperti tersangkut di dalam kesesakan jalan raya atau berbaris dalam barisan yang tidak bergerak pasti merupakan pengalaman yang pahit kepada sesiapa saja. Malah, perjalanan 10 minit ke bank juga boleh menjadi perjalanan yang pahit dengan menempuh kesesakan jalan dan mencari tempat letak kereta sebelum berlari mendapatkan nombor giliran di kaunter.
b)      Aplikasi yang dapat diperoleh dengan serta merta dan mudah.Transaksi, pembayaran pinjaman serta urusan kewangan yang lain boleh diselesaikan tanpa menggunakan sebarang tenaga fizikal mahu pun mental.Tidak disangkal lagi perbankan online adalah kaedah yang datang bersama kelebihan istimewa. 
c)      Ciri-ciri perbankan yang baik kerana kemudahan yang ditawarkan untuk menyelesaikan urusan kewangan secara serentak, walaupun untuk melakukan transaksi, penyata laporan atau membeli-belah secara online.
d)     Mengurangkan tekanan hidup .Menurut Vasenta Selvanayagam, seorang penulis online memang percayakan perbankan digital. “Perbankan online adalah kelebihan yang praktikal buat saya, keluarga dan rakan-rakan. Ia mengurangkan tekanan hidup saya kerana saya tahu saya boleh bergantung kepada kemudahan ini untuk menguruskan hidup saya. Saya rasa seperti berhubung dengan seluruh dunia melalui sistem ini,” katanya.
e)      Mengurangkan kesesakan jalanraya dan turut mengurangkan pencemaran sekaligus kualiti hidup lebih meningkat.Penggunaan eperbankan tidak memaksa seseorang untuk turun ke sesuatu tempat malah bebas dilaksanakan di mana-mana.

No comments:

Post a Comment